Setelah hampir sebulan pelancaran One Classroom, One Plant dapat dilihat keceriaan di bangunan sekolah dengan pelbagai kreativiti setiap kelas mempamerkan pokok di sudut koridor. Pokok-pokok dijaga dengan baik , malah turut diberi nama dan dihias. Gambar-gambar di bawah adalah hasil kempen One Classroom, One Plant yang dikelola oleh kelas 4 Jannatul Khuldi (JK).
Countdown to Ma'daerah, Terengganu
Thursday, 16 June 2011
Thursday, 9 June 2011
Pembinaan Pergola untuk Taman Herba SEPINTAR
Pelajar teknikal di bawah bimbingan Pn. Yusliza Mohd Yusoff telah membina satu pergola untuk Taman herba. tujuan pergola ini dibina adalah untuk meningkatkan kebolehan teknikal pelajar yang dipelajari secara teori dalam subjek Teknologi Kejuruteraan, selain itu ia dapat mengindahkan Taman Herba yang bakal dilancarkan nanti.
Diharapkan dengan gantungan pokok di sekeliling pergola dan pada kayu yang membentuk bumbung terbuka, akan memberikan pemandangan menarik kepada Taman Herba SEPINTAR. Nantikan gambar pergola yang telah didirikan tidak lama lagi.
Monday, 23 May 2011
One Classroom, One Plant Campaign
PENGENALAN
KITA sering diberi pilihan sama ada kita mahu mengekalkan flora (tumbuh-tumbuhan) dan fauna (hidupan binatang) ataupun tidak langsung menikmati penambahan kemudahan infrastruktur.
Bagi kebanyakan kita mengalah kepada tuntutan pemodenan dan kemajuan. Kita korbankan flora dan fauna di sekeliling kita bagi memberi laluan kepada pembangunan. Implikasinya seperti yang kita lihat sekarang, banyak spesies-spesies flora dan fauna yang semakin diancam kepupusan.
Selain itu, ancaman terhadap spesies-spesies flora dan fauna ini juga sebenarnya turut menjejaskan kitaran ekologi secara keseluruhan kerana kedua-dua unsur itu dan juga manusia sendiri adalah sebahagian daripada elemen yang perlu ada untuk mewujudkan keseimbangan semula jadi.
Oleh itu Duta Hijau Sepintar 4JK telah mengambil inisiatif untuk menunjukkan keperihatinan terhadap alam sekitar dengan melaksanakan program mereka iaitu ”One calassroom one plant”. Perasmian program ini telah dilaksanakan pada hari Isnin 23hb Mei 2011 bertempat di Dewan Al Aqsa. Majlis perasmian program ini telah di sempurnakan oleh Pengetua Sepintar Pn HJH Senaini Bt Long
![]() |
| Simbolik Perasmian Kempen 1 Kelas 1 Pokok |
Matlamat
Program ini dianjurkan untuk memupuk kesedaran dalam diri setiap pelajar,guru dan kakitangan SBP Integrasi Rawang akan kepentingan kehijauan bumi.
Objektif
- Mewujudkan suasana hijau di dalam setiap kelas.
- Memupuk rasa cinta akan kehijauan bumi
- Melahirkan generasi yang menghargai alam sekitar
Tarikh :
Mei-September 2011
Tempat : SBP Integrasi Rawang
Sasaran : Semua pelajar,guru dan kakitangan SBP Integrasi Rawang.
Aktiviti
- Majlis perasmian 1 Classroom 1 Plant - 23 Mei 2011
- Pertandingan kelas paling hijau
- Pertandingan membuat poster
- Pemantauan setiap kelas pada setiap minggu
- Majlis penutup dan penyampaian hadiah
Jawatankuasa kerja 1 Classroom 1 Plant
Penaung ׃ Pn. Hjh Senaini bt Long
Penasihat : Pn. Hjh Kairulafdzar bt Ahmad Shah
Penolong Penasihat ׃ Cik Mirzan
Pengerusi : Abdul Hadi b Abdul Razak
Naib Pengerusi : Nur Anis Aqilah
Setiausaha : Zetty Akhtar bt Azman
P/Setiausaha : Sharidatul Ainaa bt Shukri
Bendahari : Fairuz Izzati
Jurukamera : Muhammad Adli b Muhd Hairollah
Syahirah Huda bt Abdul Rahman
Fasya Ajda
Editor : Muhammad Adam b Zawahir
Zetty Akhtar bt Azman
Pemantau Tertinggi : Abdul Hadi
Muhammad Adam
Nur Anis Aqilah
Nor Syahirah
Muhammad Adli
Nur Syaza Aribah
Siti Noorhidayah
Fairuz Izzati
Pemantau Bagi Setiap Kelas
| Bil. | Kelas | Pemantau |
| 1 | 1 JF | Nur Al Syifaa |
| 2 | 1 JM | Farah Sakiinah |
| 3 | 1 JA | Nur Inani |
| 4 | 1 DA | Noor Arisa |
| 5 | 2 JF | Muhammad Hafizzudin |
| 6 | 2 JM | Muhd Nuzul al Qashah |
| 7 | 2 JA | Ain Adilla |
| 8 | 3 JF | Nur Nadhirah |
| 9 | 3 JM | Nur Syafikah |
| 10 | 3 JA | Nur Hasnani |
| 11 | 4 JF | Mohd Irfan |
| 12 | 4 JM | Nurulain |
| 13 | 4 JA | Alanna Mohd Ajni |
| 14 | 4 JN | Najmi Madihah |
| 15 | 4 DS | Fasya Ajda |
| 16 | 5 JF | Syahirah Huda |
| 17 | 5 JM | Sharidatul Ainaa |
| 18 | 5 JA | Iylia Adilah |
| 19 | 5 JN | Siti Zulaikha |
| 20 | 5 JK | Zetty Akhtar |
| 21 | 5 DS | Siti Nooramira |
Saturday, 21 May 2011
PROBAC
PENGHASILAN PROBAC
PENGENALAN
Penggunaan PROBAC untuk mengurangkan jumlah alga telah sering dicadangkan sebagai tanaman yang sesuai baik dalam pemprosesan air kumbahan atau di tempat sistem pemprosesan air kumbahan seperti tangki septik.
Organisma tersebut akan menghilangkan jumlah sisa kumbahan yang dibuang, justeru masalah pengendalian sisa yang berkurang, dan kesannnya, kos yang lebih rendah dan pengurangan kesan buruk terhadap alam sekitar.
Projek ini bertujuan untuk menguji hipotesis yang menunjukkan bahawa PROBAC mampu mengurangkan pembuangan sisa secara berlebihan. Hasil dari tangki Sepintar menunjukkan penurunan yang signifikan pada tahap pH dengan peningkatan dos PROBAC , mengurangkan masalah sisa buangan, tetapi peningkatan yang signifikan dalam BOD(Biochemical Oxygen Demand).
MENGENAI PROBAC
PROBAC adalah campuran bakteria semulajadi yang dihasilkan dari proses penapaian semulajadi yang terkawal.Tiada pengubahsuaian dari segi genetik ataupun kimia. PROBAC selamat digunakan dan ianya 100% organic semulajadi.
Tiga jenis mikrob tersebut,Lactic acid Bacteria(LAB), Purple Photosynthetic Bacteria(PSB), dan yis secara semulajadi bekerjasama dan menghasilkan sebatian bermanfaat seperti vitamin, hormon, enzim, asid organik, mineral, bioaktif dan bermacam-macam antioksidan apabila ia bertemu bahan-bahan organik. Kunci dalam larutan EM adalah Bakteria Fototropik iaitu Rhodopsuedomonas Palustris-kumpulan bermanafaat dalam memecahkan molekul dan mencerna sebatian toksik. Campuran mikrob yang unik ini menghasilkan antioksidan yang antaranya inositol, ubiquinone, saponin, polysaccharide (low molecular polysaccharides), polyphenol, dan mineral-mineral. Antioksidan ini membantu sistem pertahanan semulajadi yang boleh menghalang pertumbuhan bacteria-bakteria dan alga yang tidak bermanfaat.
Takrif Istilah
PROBAC atau Effective Microorganisms(EM) ialah ‘bakteria baik’ hasil kultur campuran dari mikroorganisma hidup yang membantu merencatkan pertumbuhan patogen atau bakteria jahat yang ada dalam sistem tumbesaran. Probac @ EM adalah kultur campuran Bakteria Asid Laktik, Bakteria Fotosintetik, Kulat penapaian dan Yis yang baik digunakan dalam sektor pertanian, perternakan, perikanan, pengomposan, rawatan bau, rawatan air, kegunaan isirumah, produk kesihatan, rawatan sisa buangan, rawatan tanah, pembersihan dan lain-lain. Penggunaan Probac @ EM ini membawa kepada wujudnya pesekitaran alam semulajadi yang stabil (neutral) dan sesuai kepada semua kehidupan.
Fungsi dan Kebaikan Bakteria:
- Mengikat nitrogen di atmosfera.
- Menguraia/mereputkan bahan organik dan bahan buangan.
- Menghalang patogen yang ada dalam tumbesaran.
- Mengitar semula dan menambah kehadiran nutrien dalam tanaman.
- Mengurai dan Memusnahkan sisa-sisa toksik dari penggunaan racun rumpai dan serangga.
- Pengeluaran antibiotik dan bahan-bahan bioaktif lain.
- Menukar/Mengeluarkan molekul organik yang ringkas dan mudah diambil oleh tanaman.
- Mengkomplekskan komposisi logam berat bagi mengehadkan kadar serapan oleh tumbuhan.
- Melarutkan bahan tak larut untuk sumber nutrien.
- Mengeluarkan polisakarida untuk menyuburkan tanah dan memperbaiki struktur tanah
Teknik Pemerhatian.
Teknik kajian pemerhatian digunakan.Teknik ini sesuai dengan kajian yang dijalankan oleh kami.
Berdasarkan Jadual 1.3,dapat direkodkan bahawa PROBAC mampu bertindak dengan baik untuk mencuci dan bertindak sebagai pencegah bau.Keputusan dapat dirujuk pada Jadual 1.3. PROBAC bertindak membersih dengan baik apabila batu bata yang berlumut dapat dibersihkan dengan mudah dan berkesan.
Teknik Kajian & Penyelidikan
Masa Aktiviti | 60minit | 120minit | 180minit | 240minit | 300minit | 360minit | 420minit |
Rendam bata berlumut | Tiada perubahan | Tiada perubahan | Alga mula berkurangan | Alga mula berkurangan | Alga mula berkurangan | Alga berkurang | Alga berkurang |
| Masa Aktiviti | Hari 1 | Hari 2 | Hari 3 | Hari 4 | Hari 5 | Hari 6 | Hari 7 | Hari 8 | Hari 9 |
| Dengan PROBAC | Tiada perubahan | Tiada perubahan | Tiada perubahan | Tiada perubahan | Tiada perubahan | Tiada perubahan | Tiada perubahan | Tiada perubahan | Tiada perubahan |
| Tanpa PROBAC | Tiada perubahan | Tiada perubahan | Tiada perubahan | Tiada perubahan | Tiada perubahan | Bau busuk dikesan | Bau busuk dikesan | Bau busuk dikesan | Bau busuk dikesan |
Jadual 1.4. Eksperimen menunjukkan PROBAC mampu menghalang bau busuk
NISBAH CAMPURAN BAHAN PENYEDIAAN PROBAC
| 1 | 1 | 8 |
| Gula melaka (molasses) | Sisa buah-buahan | Air suling |
Subscribe to:
Posts (Atom)
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang
Bandar Tasik Puteri
48020, Rawang
Selangor Darul Ehsan
E-Mail : sepintarbra7001@gmail.com
Tel Pejabat Sekolah : 03-60928192
Tel Pejabat Asrama : 03-60924964
Faks : 03-60917309
Attachment : www.sbpirawang.com








