Countdown to Ma'daerah, Terengganu

Thursday 31 March 2011

Persiapan Majlis Perasmian dan Pelancaran BP Myscience Project 2011

Sekitar persiapan peralatan perasmian


            Isnin, 28 Mac 2011 merupakan tarikh perasmian bagi BP Myscience Project 2011 di Dewan Al-Aqsa, SBP Integrasi Rawang. Seminggu sebelum tarikh pelancaran, ahli jawatankuasa pelajar telah bertungkus-lumus bagi menyediakan kelengkapan perasmian.

            Majlis ini akan dirasmikan oleh Pengetua SEPINTAR, Puan Hajah Senaini Bt Long. Semua pelajar dan guru berkumpul pada pagi itu untuk sama-sama menjayakan majlis perasmian tersebut. Perasmian tersebut bertemakan alam sekitar di mana simbolik perasmian memerlukan Puan Pengetua untuk mengenakan "Pakaian ala Rimba", yang diperbuat dari daun dan bunga-bungaan. Pada majlis itu juga, Puan Pengetua menggunakan sumpit sebagai simbolik perasmian.

           Semua warga SEPINTAR telah memberi sokongan padu dan mengharapkan SEPINTAR akan menjadi juara dalam kesemua pertandingan.


SEPINTAR BOLEH!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang

Bandar Tasik Puteri

48020, Rawang

Selangor Darul Ehsan

E-Mail : sepintarbra7001@gmail.com

Tel Pejabat Sekolah : 03-60928192

Tel Pejabat Asrama : 03-60924964

Faks : 03-60917309

Attachment : www.sbpirawang.com