Countdown to Ma'daerah, Terengganu

Friday 22 April 2011

Sehari di Karnival Sains Daerah Gombak 2011


Pada 20 April 2011, SEPINTAR  telah menghantar  5 orang pelajar iaitu ;


1. Mohammad Firdaus bin Ahmad 
2Amin Khalidi bin Alias
3. Amirul Shauqi bin Abdul Razak
4.Nurulain bin Shahrul Bahri
5.Noor Naimah binti Mahmud

Pelajar-pelajar di atas adalah sebahagian pasukan yang mewakili SEPINTAR dalam Solar Boat Challenge anjuran BP MyScience Project ke Karnival Sains peringkat daerah Gombak yang bertempat di SMK Sungai Pusu diiringi oleh Puan Norazrina binti Safree dan Puan Noor Farihana binti Mohamad Supi. Objektif lawatan ini adalah untuk ;
  •          Mencari informasi mengenai Solar Boat
  •           Mengkaji model-model Solar Boat

Mereka telah menemu ramah hakim pertandingan bagi mendapatkan maklumat sekaligus dapat menjana idea bagi pertandingan yang akan datang. Pelbagai ilmu dan nasihat keramat telah diperoleh.

Sebaik sahaja tiba di bumi SEPINTAR, pelajar-pelajar ini telah mereka dan membuat satu model Solar Boat dengan bantuan guru pembimbing. Model ini telah dihasilkan berasaskan pengujian terhadap keseimbangan dan keapungan solar boat ini. Alhamdulillah, walaupun tempoh penghasilan ini hanyalah selama 3 jam, tetapi mereka berjaya menggerakkan boat itu. Walaubagaimanapun, terdapat sedikit kesilapan yang dilakukan. Bot ini bergerak secara terbalik / mengundur akibat tersalah pateri motor. Mereka akan melakukan ujian kedua dengan mengubah beberapa aspek bot. Nantikan perkembangan pasukan Solar Boat Challenge Sepintar pada episod akan datang ! Wassalam.

Persediaan

Solar Boat pertama kami





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang

Bandar Tasik Puteri

48020, Rawang

Selangor Darul Ehsan

E-Mail : sepintarbra7001@gmail.com

Tel Pejabat Sekolah : 03-60928192

Tel Pejabat Asrama : 03-60924964

Faks : 03-60917309

Attachment : www.sbpirawang.com