Countdown to Ma'daerah, Terengganu

Saturday 21 May 2011

PROBAC

PENGHASILAN PROBAC

PENGENALAN

Penggunaan PROBAC untuk mengurangkan jumlah alga telah sering dicadangkan  sebagai tanaman  yang sesuai baik dalam pemprosesan air kumbahan atau di tempat sistem pemprosesan air kumbahan seperti tangki septik.

Organisma tersebut akan menghilangkan jumlah sisa kumbahan yang dibuang, justeru masalah pengendalian sisa yang berkurang, dan kesannnya, kos yang lebih rendah dan pengurangan kesan buruk terhadap alam sekitar.

Projek ini bertujuan untuk menguji hipotesis yang menunjukkan bahawa PROBAC mampu mengurangkan pembuangan sisa secara berlebihan. Hasil dari tangki Sepintar menunjukkan penurunan yang signifikan pada tahap pH dengan peningkatan dos PROBAC , mengurangkan masalah sisa buangan, tetapi peningkatan yang signifikan dalam BOD(Biochemical Oxygen Demand). 



MENGENAI PROBAC
PROBAC adalah campuran bakteria semulajadi yang dihasilkan dari proses penapaian semulajadi yang terkawal.Tiada pengubahsuaian dari segi genetik ataupun kimia. PROBAC selamat digunakan dan ianya 100% organic semulajadi.
Tiga jenis mikrob tersebut,Lactic acid Bacteria(LAB), Purple Photosynthetic Bacteria(PSB), dan yis secara semulajadi bekerjasama dan menghasilkan sebatian bermanfaat seperti vitamin, hormon, enzim, asid organik, mineral, bioaktif dan bermacam-macam antioksidan apabila ia bertemu bahan-bahan organik. Kunci dalam larutan EM adalah Bakteria Fototropik iaitu Rhodopsuedomonas Palustris-kumpulan bermanafaat dalam memecahkan molekul dan mencerna sebatian toksik. Campuran mikrob yang unik ini menghasilkan antioksidan yang antaranya inositol, ubiquinone, saponin, polysaccharide (low molecular polysaccharides), polyphenol, dan mineral-mineral. Antioksidan ini membantu sistem pertahanan semulajadi yang boleh menghalang pertumbuhan bacteria-bakteria dan alga yang tidak bermanfaat.


Takrif Istilah
PROBAC atau Effective Microorganisms(EM) ialah ‘bakteria baik’ hasil kultur campuran dari mikroorganisma hidup yang membantu merencatkan pertumbuhan patogen atau bakteria jahat yang ada dalam sistem tumbesaran. Probac @ EM adalah kultur campuran Bakteria Asid Laktik, Bakteria Fotosintetik, Kulat penapaian dan Yis yang baik digunakan dalam sektor pertanian, perternakan, perikanan, pengomposan, rawatan bau, rawatan air, kegunaan isirumah, produk kesihatan, rawatan sisa buangan, rawatan tanah, pembersihan dan lain-lain. Penggunaan Probac @ EM ini membawa kepada wujudnya pesekitaran alam semulajadi yang stabil (neutral) dan sesuai kepada semua kehidupan.

Fungsi dan Kebaikan Bakteria:
  • Mengikat nitrogen di atmosfera.
  • Menguraia/mereputkan bahan organik dan bahan buangan.
  • Menghalang patogen yang ada dalam tumbesaran.
  • Mengitar semula dan menambah kehadiran nutrien dalam tanaman.
  • Mengurai dan Memusnahkan sisa-sisa toksik dari penggunaan racun rumpai dan serangga.
  • Pengeluaran antibiotik dan bahan-bahan bioaktif lain.
  • Menukar/Mengeluarkan molekul organik yang ringkas dan mudah diambil oleh tanaman.
  • Mengkomplekskan komposisi logam berat bagi mengehadkan kadar serapan oleh tumbuhan.
  • Melarutkan bahan tak larut untuk sumber nutrien.
  • Mengeluarkan polisakarida untuk menyuburkan tanah dan memperbaiki struktur tanah


Teknik Pemerhatian.
            Teknik kajian pemerhatian digunakan.Teknik ini sesuai dengan kajian yang dijalankan oleh kami.                                                                                                                                                
                  Berdasarkan Jadual 1.3,dapat direkodkan bahawa PROBAC mampu bertindak dengan baik untuk mencuci dan bertindak sebagai pencegah bau.Keputusan dapat dirujuk  pada Jadual 1.3. PROBAC  bertindak membersih dengan baik apabila batu bata yang berlumut dapat dibersihkan dengan mudah dan berkesan.

   Teknik  Kajian &  Penyelidikan

               Masa
Aktiviti

60minit

120minit

180minit

240minit

300minit

360minit

420minit
Rendam bata berlumut
Tiada perubahan
Tiada perubahan
Alga mula berkurangan
Alga mula berkurangan
Alga mula berkurangan
Alga berkurang
Alga berkurang
  Jadual 1.3. Eksperimen menunjukkan kebolehan PROBAC sebagai anti-alga



Masa
Aktiviti
Hari 1
Hari 2
Hari 3
Hari 4
Hari 5
Hari 6
Hari 7
Hari 8
Hari 9
Dengan PROBAC
Tiada perubahan
Tiada perubahan
Tiada perubahan
Tiada perubahan
Tiada perubahan
Tiada perubahan
Tiada perubahan
Tiada perubahan
Tiada perubahan
Tanpa PROBAC
Tiada perubahan
Tiada perubahan
Tiada perubahan
Tiada perubahan
Tiada perubahan
Bau busuk dikesan
Bau busuk dikesan
Bau busuk dikesan
Bau busuk dikesan
  Jadual 1.4. Eksperimen menunjukkan PROBAC mampu menghalang bau busuk



NISBAH CAMPURAN BAHAN PENYEDIAAN PROBAC
1
1
8
Gula melaka
(molasses)
Sisa buah-buahan
Air suling










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang

Bandar Tasik Puteri

48020, Rawang

Selangor Darul Ehsan

E-Mail : sepintarbra7001@gmail.com

Tel Pejabat Sekolah : 03-60928192

Tel Pejabat Asrama : 03-60924964

Faks : 03-60917309

Attachment : www.sbpirawang.com