Countdown to Ma'daerah, Terengganu

Monday 9 May 2011

Kempen 3R

KEMPEN 3R

Program hijau pertama yang di laksanakan di sekolah ialah Kempen 3R. Kempen ini dikendalikan oleh pelajar – pelajar Tingkatan 4JA bersama Guru Penasihat  mereka, Cik Azlina Bt Abdullah. Kempen ini telah dilaksanakan di peringkat sekolah pada bulan April dan dijangkakan akan menjadi program yang berterusan sepanjang tahun kerana impaknya terhadap alam sekitar adalah sangat serius.

Kempen ini juga telah memberikan impak yang positif kepada warga SEPINTAR tentang kepentingan kitar semula terhadap alam sekitar dan terhadap manusia sejagat

”Setiap hari, kita menghapuskan 15 000 tan sampah, tetapi kita semakin kesempitan ruang untuk menampungnya....”   

APAKAH KITAR SEMULA ?....

Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672) kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas di dan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru.

KENAPA KITAR SEMULA ?.....

Kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan kesan yang positif kepada dunia yang sedang didiami ini. Kitar semula adalah penting bagi kita dan alam semula jadi. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang di buang oleh kita sendiri semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Jumlah sisa yang dihasilkan adalah semakin meningkat kerana :
  • Peningkatan dalam pendapatan/kekayaan yang memberi makna orang ramai membeli lebih banyak produk dan seterusnya menghasilkan lebih banyak sisa .
  • Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi ini yang menghasilkan sisa .
  • Pengeluaran produk berteknologi dengan pembungkusan yang terkini di mana kebanyakannya mengandungi bahan yang tidak dapat dilupuskan (bahan tidak biodegradasi).
  • Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang menghasilkan sisa /bahan buangan yang tidak dapat dilupuskan seperti pembalut makanan yang dibuat dari kertas minyak.

KEPENTINGAN TERHADAP ALAM SEKITAR

Kitar semula adalah amat penting kerana sisa buangan memberikan kesan negatif yang amat besar kepada alam sekitar semula jadi.
  • Penghasilan air larut resap (leachate) dan pelepasan gas metana (methane) yang dihasilkan daripada sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan. Kitar semula dapat membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal.
  • Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada pemusnahan hutan. Kitar semula dapat mengurangkan keperluan terhadap bahan mentah, oleh itu sumber asli seperti kayu balak dapat disimpan dan dikekalkan.
  • Tenaga yang besar digunakan apabila membuat produk daripada bahan mentah. Kitar semula hanya memerlukan sedikit tenaga dimana secara tidak langsung dapat membantu dalam mengekalkan pemuliharan dan pemeliharaan alam semula jadi.
  • Tenaga yang dapat dijimatkan untuk mengitar semula satu tin aluminium adalah bersamaan dengan tenaga yang digunakan untuk memasang TV selama 3 jam. Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca
  • Kitar semula untuk menyelamatkan hutan
    Untuk mneghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon terpaksa ditebang.
    Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan.kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara yang bersih.
KEPENTINGAN TERHADAP MANUSIA

Kitar semula sangat penting kepada bandar di seluruh dunia dan manusia yang hidup di dalamnya.
  • Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu juga, kebanyakkan kawasan tanah di negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan sebahagian besar meliputi kawasan tadahan air.
  • Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada bahan mentah lebih tinggi kosnya berbanding di hasilkan daripada bahan-bahan kitar semula.
  • Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari sumber asli. Oleh itu alam semula jadi dapat dipelihara untuk generasi yang akan datang.

KITAR SEMULA DI SEPINTAR

          Jawatankuasa kempen 3R SEPINTAR telah mengumpulkan bahan untuk di kitar semula daripada setiap kelas dan daripada guru-guru.

    
         Kemudian jawatan kuasa ini mengasingkan bahan - bahan yang boleh dikitar semula seperti kertas, plastik, tin aluminium, tin keluli dan barangan kaca dan di masukkan ke dalam tong kitar semula. Tong ini di letakkan di kawasan strategik seperti di koperasi Sepintar, di asrama dan di belakang dewan makan.



          Sementara menanti lori untuk membawa barangan ini untuk di kitar semula, ia di simpan di dalam bilik kitar semula.


        Kemudian semua barangan yang ingin di kitar semula dihantar ke pusat kitar semula yang paling hampir di Rawang. Setakat ini jawatankuasa Kempen 3R Sepintar telah berjaya mengumpul sebanyak 1500 KG bahan untuk di kitar semula. TAHNIAH....dan teruskan usaha menjaga bumi kita...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang

Bandar Tasik Puteri

48020, Rawang

Selangor Darul Ehsan

E-Mail : sepintarbra7001@gmail.com

Tel Pejabat Sekolah : 03-60928192

Tel Pejabat Asrama : 03-60924964

Faks : 03-60917309

Attachment : www.sbpirawang.com