Countdown to Ma'daerah, Terengganu

Monday 4 July 2011

PELANCARAN PROGRAM 3R

Pada 4 Julai 2011, Pelajar-pelajar tingkatan 4JA telah melancarkan program hijau mereka iaitu 3R (Reuse, Reduce and Recycle). Program ini di  bawah pemantauan guru Cik Azlina Abdullah telah berjaya di lancarkan dengan jayanya. Program ini telah dirasmikan oleh Pengetua Sepintar Pn Hjh Senaini Bt Long dan disaksikan oleh semua warga Sepintar.
Reuse bermakna penggunaan semula barang-barang yang boleh dikitar semula. Reduce membawa maksud pengurangan penggunaan barang-barang yang sukar dilupuskan dan mengambil tempoh yang lama untuk dilipuskan. Manakala Recycle adalah kitar semula. Untuk pengetahuan semua, 1 tin boleh menjimatkan tenaga daripada penggunaan TV selama 3 jam.
Objektif program ini antaranya ialah:
·         Dapat menonjolkan bakat dan kreativiti pelajar dalam mereka bentuk sesuatu dengan menggunakan bahan terbuang seperti kertas, tin, botol plastik dan lain-lain
·         Supaya pelajar dapat mempraktikkan pengetahuan 3R mereka agar dapat membezakan tong untuk membuang tin aluminium, botol kaca dan kertas
Kepentingan program 3R ini diadakan:
·         untuk memelihara alam sekitar dibumi SEPINTAR
·         Menjimatkan barang-barang yang sukar untuk dilupuskan dan barang-barang yang mengambil masa yang lama untuk dilupuskan
·         Memupuk semangat mencintai alam sekitar dalam kalangan pelajar supaya dapat menyelamatkan bumi
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program 3R ini:
Bil
Aktiviti
Tingkatan
1
Mengumpul tin-tin kosong
Pelajar tingkatan 1
2
Pemantauan jumlah sampah yang dibuang
Pelajar tingkatan 2
3
Mencipta rekabentuk daripada bahan terbuang
Pelajar tingkatan 4


Aktiviti ini berlangsung sehingga 3 bulan dan bertepatan dengan tema Reuse, Reduce and Recycle
Majlis Pelancaran Program 3R disempurnakan oleh Pn Hjh Senaini Bt Long
Antara Video yang ditayangkan sepanjang Perasmian Program 3R

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang

Bandar Tasik Puteri

48020, Rawang

Selangor Darul Ehsan

E-Mail : sepintarbra7001@gmail.com

Tel Pejabat Sekolah : 03-60928192

Tel Pejabat Asrama : 03-60924964

Faks : 03-60917309

Attachment : www.sbpirawang.com