Countdown to Ma'daerah, Terengganu

Monday 12 September 2011

PEMBUATAN BAJA KOMPOS DAN PENGHALAU SERANGGA SEMULAJADI

Seramai 30 orang pelajar tingkatan 3 bersama dengan guru pengiring Pn Kairulafdzar Bt Ahmad Shah telah mengikuti program membuat baja kompos yang telah di adakan di Ladang Organik Batu Arang. Pelajar-pelajar telah di dedahkan dengan cara pembuatan baja kompos dan penghalau serangga secara semulajadi. 
Petani bertungkus lumus memelihara tanaman mereka daripada ancaman serangga perosak. Mereka menggunakan pelbagai racun serangga perosak untuk tujuan ini. Masalah serangan serangga perosak bukanlah masalah baru dalam bidang pertanian. Nenek moyang kita mengamalkan cara semulajadi untuk menanggani masalah serangga.
Hanya selepas pengenalan Revolusi Hijua, para petani mula menggunakan racun serangga perosak sepenuhnya. Dengan peredaran masa, racun serangga perosak telah merosakkan tanah, mencemarkan air dan alam sekitar. Kesihatan manusia turut terancam. Racun serangga perosak membunuh semua jenis serangga ataupun melemahkan serangga dan membunuh dengan perlahan-lahan.
Kaedah menghalau serangga secara tradisional melindungi tanaman daripada ancaman serangga perosak. Pada masa yang sama, serangga yang menyumbang dalam pemeliharaan alam sekitar tidak terancam. Penghalau serangga tradisional selain daripada melindungi alam sekitar juga melibatkan kos yang minimum

Penghasilan Baja Kompos
Gunakan bahan-bahan yang mudah diperolehi
1.    Lapisan bawah : letak ranting kecil dan batang kayu. Ia membantu peredaran udara
2.    Diikuti oleh rumput, daun-daun, saki baki buah, sayur, kulit kacang, telur dan bahan-bahan organik yang mudah diperolehi. Bahan-bahan besar harus dipotong kecil
3.    Larutkan sedikit tahi lembu segar dan percikkan ke atas timbunan ini
4.    Ulangi turutan tersebut
5.    Pastikan ketinggian timbunan kompos tidak kurang daripada 3 kaki dan tidak melebihi 5 kaki
6.    Gunakan plastik untuk menutup timbunan supaya mengekalkan kelembapan
7.    Siram timbunan ini dengan air setiap hari
8.    Gaulkan timbunan 10 hari sekali
9.    Selepas 45-60 hari kompos sudah sedia digunakan. Kompos yang matang sepatutnya berbau tanah subur

Penghalau serangga Larutan Daun Betik

Bahan – bahan
Daun betik 50 gram
Air 100ml

1.    Cincang halus daun betik dan rendam dalam air selama satu hari
2.    Pada hari kedua, kisar daun betik dan tapis airnya. Campurkan 3 liter air dalam tapisan pati dan sembur pada tanaman






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang

Bandar Tasik Puteri

48020, Rawang

Selangor Darul Ehsan

E-Mail : sepintarbra7001@gmail.com

Tel Pejabat Sekolah : 03-60928192

Tel Pejabat Asrama : 03-60924964

Faks : 03-60917309

Attachment : www.sbpirawang.com